Wednesday, August 11, 2010

Hanya Kerana Capek

Pada malam itu,

Dia duduk bersendirian,

Duduk termenung mengenangkan nasib,

Seperti menanti sesuatu,

yang tak kunjung pasti....


Pada hari itu,

Sedarnya dari lena yang panjang,

Dia bangkit,

Mencari apa selama ini yang dia mahukan,

mencari sesuatu yang pasti jawapannya,

dengan satu tekad dan keazaman,


Dia bangkit,

menghilangkan calar-calar luka,

Membuktikan,

Bahawa dia...

Seorang insan yang tak kenal erti putus asa,

Yang tak kenal erti keperitan,

Seperti insan lain,

Insan kota metropolitan,

Penuh dengan gaya, keazaman, dan iltizam,


Pada hari ini,

Siapa sangka,

Siapa duga,

Si capek yang menjadi mangsa herdikan,

Dan...

Mangsa boneka masyarakat,

Bangkit...

Mengubah sebuah cita,

Mencipta parut-parut kekal...



Moral: Oleh itu janganlah kita menghina kekurangan

orang lain, Kita tidak tahu nasib kita suatu hari nanti.



Ciri-ciri penulisan kreatif:


1. Wacana pelukisan:

Contoh= seorang insan yang tak kenal erti putus asa,

yang tak kenak erti keperitan.


2. Menggunakan bahasa kiasan:

Contoh= seperti menanti sesuatu,

yang tak kunjung pasti.


3. Bersifat imaginatif dan figuratif:

Contoh= mengubah sebuah cita,

mencipta parut-parut kekal.


4. Bersifat komunikatif:

Contoh= si capek yang menjadi mangsa herdikan,

dan,

bahan boneka masyarakat.


5. Anafora:

Contoh= siapa sangka,

siapa duga.